Untuk Ais Krim Gula Melaka
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 5-10 minit
Tahap kesukaran: Senang
Hidangan : 3-5 orang
Bahan-bahan:
400 ml Krim Kelapa Kara
120 g Gula Melaka, diparut
4 biji Kuning telur
2 helai Daun Pandan, diikat
Secubit garam
Hiasan
½ Cawan Kacang tanah, disangai dan dihancurkan
Segenggam parutan kelapa, disangai
Untuk Kuih Ketayap
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 45 minit
Tahap kesukaran: Senang
Hidangan : 12-15 keping
Bahan-bahan:
Untuk inti
40 g Gula Melaka, dicincang
15 g Gula
40 ml Air
100 g Parutan kelapa
3 helai Daun pandan
Untuk kulit
10 helai Daun pandan, (dikisar bersama air untuk mendapatkan 1 cawan jus pandan)
¼ sudu teh garam
3 biji Telur, dipukul ringan
125g Tepung biasa, diayak
1 -2 sudu besar Minyak untuk masak
Cara penyediaan untuk Gula Melaka Ais Krim:
- Campurkan telur dan gula melaka di dalam mangkuk dan cairkan dengan kaedah double boiler. Gaul sehingga campuran cair sepenuhnya dan sebati.
- Masukkan Krim Kelapa Santan dengan perlahan berserta daun pandan. Kacau sehingga campuran menjadi panas dan berkrim. Masukkan garam dan gaul sebati.
- Tuangkan campuran ke dalam bekas tahan beku dan biar sejuk. Bekukan di dalam peti sejuk semalaman.
- Taburkan kacang tanah dan parutan kelapa di atas ais krim. Hidang Bersama dengan kuih ketayap.
Cara penyediaan untuk Kuih Ketayap:
- Untuk inti, didihkan gula Melaka dan gula di dalam air sehingga larut sepenuhnya. Tambahkan parutan kelapa dan daun pandan dan masak sehingga ia kering. Biarkan sejuk pada tahap suhu bilik.
- Untuk kulit, campurkan semua bahan bersama dan ayakkan campuran ke dalam mangkuk.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tuangkan masuk 2 sudu besar campuran. Gerakkan kuali untuk menyebarkan campuran sehingga ianya nipis. Masak di atas api kecil. Setelah siap, keluarkan dan biarkan sejuk.
- Untuk menyediakan kuih ketayap, letakkan 2 sudu besar inti ke atas setiap pan kek dan gulungkan seperti popiah. Hidang Bersama dengan ais krim gula Melaka.