Kuih Ketayap Dengan Gula Melaka Ais Krim

Kuih Ketayap Dengan Gula Melaka Ais Krim

Ramadan hampir tiba! Marilah bersama-sama cuba buat Kuih Ketayap dan Aiskrim Gula Melaka menggunakan Santan Kara kami yang berkrim. Wow, sedapnya!

Share:

Untuk Ais Krim Gula Melaka

Masa penyediaan: 10 minit

Masa memasak: 5-10 minit

Tahap kesukaran: Senang

Hidangan : 3-5 orang

Bahan-bahan:

400 ml Krim Kelapa Kara

120 g Gula Melaka, diparut

4 biji  Kuning telur

2 helai Daun Pandan, diikat

Secubit garam

Hiasan

½  Cawan Kacang tanah, disangai dan dihancurkan

Segenggam parutan kelapa, disangai

 

Untuk Kuih Ketayap

Masa penyediaan: 15 minit

Masa memasak: 45 minit

Tahap kesukaran: Senang

Hidangan : 12-15 keping

Bahan-bahan:

Untuk inti

40 g Gula Melaka, dicincang

15 g Gula

40 ml Air

100 g Parutan kelapa

3 helai Daun pandan

Untuk kulit

10 helai Daun pandan, (dikisar bersama air untuk mendapatkan 1 cawan jus pandan)

¼  sudu teh garam

3 biji Telur, dipukul ringan

125g Tepung biasa, diayak

 

1 -2 sudu besar Minyak untuk masak

Cara penyediaan untuk Gula Melaka Ais Krim:

  1. Campurkan telur dan gula melaka di dalam mangkuk dan cairkan dengan kaedah double boiler.  Gaul sehingga campuran cair sepenuhnya dan sebati.
  2. Masukkan Krim Kelapa Santan dengan perlahan  berserta daun pandan. Kacau sehingga campuran menjadi panas dan berkrim. Masukkan garam dan gaul sebati.
  3. Tuangkan campuran ke dalam bekas tahan beku dan biar sejuk. Bekukan di dalam peti sejuk semalaman.
  4. Taburkan kacang tanah dan parutan kelapa di atas ais krim. Hidang Bersama dengan kuih ketayap.

Cara penyediaan untuk Kuih Ketayap:

  1. Untuk inti, didihkan gula Melaka dan gula di dalam air sehingga larut sepenuhnya. Tambahkan parutan kelapa dan daun pandan dan masak sehingga ia kering. Biarkan sejuk pada tahap suhu bilik.
  2. Untuk kulit, campurkan semua bahan bersama dan ayakkan campuran ke dalam mangkuk.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tuangkan masuk 2 sudu besar campuran. Gerakkan kuali untuk menyebarkan campuran sehingga ianya nipis. Masak di atas api kecil. Setelah siap, keluarkan dan biarkan sejuk.
  4. Untuk menyediakan kuih ketayap, letakkan 2 sudu besar inti ke atas setiap pan kek dan gulungkan seperti popiah. Hidang Bersama dengan ais krim gula Melaka.