Stew Ayam Arrozo

Stew Ayam Arrozo

Stew ayam bukan satu masakan yang susah, boleh dikatakan dalam kategori senang. Cubalah resepi stew ayam ni yang sangat sedap, Kuah stew akan menjadi pekat dimasak dengan Kara Santan

Share:

100gm beras - separuh masak

200ml santan  kara (1 kotak)

350gm ayam - dipotong kecil

50gm tepung serbaguna

1 sudu teh garam

3 sudu makan minyak jagung

2 ulas bawang merah *

2 ulas bawang putih *

3sm halia *

3 biji tomato besar - dihiris

Sedikit serbuk lada hitam

Nota: Bahan bertanda * perlu dikisar.

1. Gaulkan ayam bersama tepung, garam dan serbuk lada hitam. Goreng sehingga keemasan.

2. Masukkan bahan kisar dan tomato. Biarkan sehingga mendidih.

3. Masukkan beras dan santan  kara . Setelah pekat, alihkan daripada api.