Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 3-5 minit
Tahap kesukaran: Senang
Hidangan : 25-30 keping
Bahan-bahan:
250g Tepung beras
100 ml Krim Kelapa Kara + 325 ml Air
½ cawan Ikan Bilis
½ cawan Kacang tanah
3½ sudu besar Pes tomyam
3 ulas Bawang putih
3 biji Buah keras
8 helai Daun limau purut, dihiris nipis
2-3 biji Cili padi merah, dihiris nipis
1 batang Serai, dihris nipis
1 biji Telur, dipukul
1 sudu teh Air kapur makan
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng
Cara penyediaan:
- Kisarkan pes tomyam, bawang putih dan buah keras sehingga halus.
- Campurkan semua bahan kecuali ikan bilis dan kacang tanah dengan bahan-bahan kisar. Kacau sekata sehingga menjadi adunan cair.
- Panaskan acuan rempeyek di dalam minyak yang telah dipanaskan. Tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan dan taburkan sedikit ikan bilis dan kacang tanah di atas. Goreng di dalam minyak seketika.
- Goyangkan acuan dengan ringan sehingga aduanan tertanggal dari acuan. Terus goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
- Masukkan rempeyek dalam bekas kedap udara apaibila sejuk.