Pai Labu Kastard

Pai Labu Kastard

Lari dari kebiasaan, hidangkan pai labu ini untuk yang tersayang…Manis, enak & labu antara makanan berkhasiat. Pai Labu Kastard, pencuci mulut yg mudah disediakan dan sesuai untuk berbuka puasa. 

Gabungan yang baik antara Kara Santan dengan susu sejat, jom mari!

Share:

Bahan A :

125gm marjerin

250 - 300gm tepung serbaguna

2 sudu makan gula kastor

 

Bahan B :

400gm labu - direbus dan dikisar

2 sudu makan gula kastor

140gm gula kastor

4 biji telur

1 sudu teh serbuk kayu manis

4 biji telur

200ml santan  kara (1 kotak)

100ml susu sejat

1 sudu teh esen vanila

 

Bahan C : 

150gm jeli kristal (perisa kiwi atau pandan)

350-400ml air mendidih

4 sudu makan susu segar

1. Gaul semua bahan A bersama sebiji telur dan dua sudu makan gula kastor. Bentukkan ia menjadi doh.

2. Tekan ke dalam acuan pai berukuran 22sm bulat untuk menghasilkan pastri.

3. Pukul 3 biji telur bersama 140gm gula kastor. Kemudian, masukkan santan  kara  dan susu sejat, Kacau sehingga rata. 

4. Masukkan bahan B yang lain dan tuang ke dalam pastri tadi. Bakar pada suhu 180oC selama 30 - 45 minit dan berwarna keemasan. Kemudian ketepikan.

5. Campurkan bahan C dan kacau sehingga jeli larut. Tuang ke atas labu perlahan-lahan.