Nasi Himpit Lemak

Nasi Himpit Lemak

Nasi impit lemak ni sedap dan cantik jika disediakan semalaman sebelum digunakan. Rasanya cukup lemak dan enak dimasak dengan Kara Santan

Share:

Bahan untuk nasi :

300gm beras

200ml santan  kara  (1 kotak)

3sm halia (dihiris nipis)

1 labu bawang besar (dikisar kasar)

1 batang serai (diketuk)

1 helai daun pandan

Air secukupnya

 

Bahan untuk serunding :

2 ulas bawang merah * 

1 ulas bawang putih * 

2sm halia *

1/2 biji kelapa parut (diambil putih)

5 sudu makan udang kering (dibersihkan)

1 sudu makan pes cili

1/2 sudu makan serbuk kunyit

Sedikit garam

 

Nota: Bahan bertanda * perlu dikisar halus.

Cara membuat nasi : 

1. Bersihkan beras dan masak bersama air, santan  kara  , halia, bawang, serai dan daun pandan. 

2. Setelah mendidih, kacau rata dan pastikan beras lembut. Tekan ke dalam dulang dan sejukkan.

 

Cara membuat serunding : 

1. Gaulkan semua bahan. Goreng di atas api yang sederhana sehingga garing dan wangi.

2. Alihkan daripada api dan hidangkan bersama nasi himpit.