Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 20 minit
Tahap kesukaran: Sederhana
Hidangan : 6-8
Bahan-bahan:
150 g Tepung beras
25 g Tepung ubi
300 ml Air
½ sudu teh Air kapur makan
120 g Gula kastor
40 kuntum Bunga telang kering
200 ml Krim Kelapa Kara
Untuk isi:
½ sudu teh Tepung beras
½ sudu teh Turmeric powder
1 biji Kuning telur
1 sudu besar Krim Kelapa Kara
¼ sudu teh Garam
Untuk hiasan:
Parutan kelapa bahagian putih sahaja
Bunga telang
Cara penyediaan:
- Rendamkan bunga telang di dalam air panas. Biar sejuk dan tapis.
- Masukan bahan-bahan 1-5, air bunga telang dan Krim Kelapa Kara ke dalam mangkuk besar. Gaul sebati sehingga gula larut. Tapis jika perlu dan tuangkan ke dalam acuan kuih lompang yang telah dilenser minyak.
- Kukus selama 10 minit. Kemudian keluarkan. Ceduk sedikit di bahagian tengah kuih.
- Gaul sebati semua bahan-bahan untuk isi, kemudian tuangkan ke dalam bahagian tengah yang diceduk tadi. Sambung kukus selama 10 minit.
- Keluarkan dari acuan, hias dengan bunga telang dan hidangkan bersama parutan kelapa.