Ketupat Sotong

Ketupat Sotong

Jika anda ke Kelantan, mesti anda pernah cuba satu menu yang tak ada di tempat lain iaitu ketupat sotong! Ia sama seperti ketupat biasa, cumanya kalau di tempat lain, beras pulut akan disumbatkan kedalam daun palas disini, ia disumbatkan ke dalam sotong!

Kini, beras pulut direndam bersama dengan Kara Santan, enaknya.

Share:

1kg sotong segar

2 cawan beras pulut

200ml pati santan  kara  (1 kotak)

150gm serbuk santan  kara  (3 paket - dicampur dengan 800ml air panas)

300gm gula merah

Secubit garam 

Sedikit daun pandan dan lidi untuk hiasan

1. Beras pulut dibasuh bersih kemudian direndam bersama pati santan  kara  selama 1/2 jam.

2. Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong dengan menggunakan sudu kecil sehingga memenugi 3/4 daripada sotong tersebut.

3. Masukkan semula kepala sotong dan lekatkan dengan menggunakan lidi.

4. Alas periuk dengan daun pandan. Kemudian atur sotong di dalam periuk. 

5. Masukkan pati santan  kara  yang digunakan untuk merendam pulut tadi ke dalam periuk. Rebus dengan api yang perlahan. Apabila pulut hampir masak, masukkan secubit garam dan 300gm gula merah. Rebus lagi sehingga ia masak dan berkilat.