KARAokay Kuah Lodeh

KARAokay Kuah Lodeh

Resipi #KARAokay Krim Kelapa Kara - Lodeh

Sedapnya makan Lodeh. Jom buat Lodeh untuk juadah Raya dengan lagu resipi kami yang memang layan. Dengan Kara, semuanya Kara-okay!

Sangat popular di negeri Johor. Keenakan rasanya dalam kelas tersendiri dengan kuah sayur berwarna kekuningan dan dicampur sedikit sambal tumis. Selalu digandingkan dengan nasi himpit.

Share:

Bahan-bahan kisar:

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

3 ulas cili padi
1 inci kunyit hidup

1 sudu udang kering

1 sudu ikan bilis

Sedikit air

3 batang serai ditumbuk

Bahan-bahan lain: 

1 batang lobak merah dipotong mancis

1 biji kentang dipotong mancis
15 batang kacang Panjang
Segenggam udang
Suun dan fucuk tauhu 

1 keping tempe dipotong dadu

2 cawan pekat santan Kara

1. Kisar semua bahan kisar kecuali serai dan tumis semuanya sehingga pecah minyak

2. Kemudian masukkan serai yang telah ditumbuk

3. Masukkan sedikit air dan semua bahan-bahan basah kecuali udang, suun dan fucuk tauhu.

4. Masukkan santan pekat Kara dan lebihan bahan-bahan basah.

5. Perasakan dengan gula dan garam.

6. Siap, hidangkan dengan nasi himpit.

Jumlah Hidang: 10 orang
Masa Memasak: 45 minit