Jeli Lapis Kacang Merah dan Santan KARA

Jeli Lapis Kacang Merah dan Santan KARA

Jeli Lapis, pencuci mulut yang sangat senang disediakan dan enak pula rasanya. Sesuai dimakan waktu panas dan sewaktu berbuka puasa. 

Lebih enak lagi, tambah kacang merah dilapisan putih santan untuk kelihatan lebih menarik.

Share:

BAHAN:

A:

  • 2 sudu besar serbuk agar-agar
  • 240 g gula kasar
  • 300 ml Kara coconut cream
  • 800 ml air
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • ¼ sudu kecil esen kelapa

B:

  • 300 g pes kacang merah (ada dijual dikedai barangan kek dan biskut)
  • 2 sudu besar serbuk agar-agar
  • 240 g gula kasar
  • 300 ml Kara coconut cream
  • 800-1000 ml air
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • ¼ sudu kecil esen kelapa
  • 1 sudu kecil pewarna merah pekat

 

CARA MEMBUAT :

  1. A) didihkan semua bahan dan biar suam diatas api kecil.
  2. B) didihkan semua bahan dan biar suam diatas api kecil.
  3. Sediakan acuan dan tuang sedikit jeli panas A). Biar keras. Tuang pula jeli panas B) diatasnya. Biar keras.
  4. Lakukan proses yang sama dengan agar-agar suam A) dan B) dan ulang proses ini hingga acuan dipenuhi dengan agar-agar berlapis.
  5. Dinginkan dan potong kepingan nipis untuk hidangan.

TIP MASAKAN: jika suka, tambah kacang merah yang direbus tetapi belum dikisar dilapisan putih santan untuk kelihatan lebih menarik.