Ikan Dori Kukus dan Nenas

Ikan Dori Kukus dan Nenas

Perap Kara Santan dengan bahan lain secara mudah dengan fillet ikan dori, dibiarkan dingin semalam. Perapan ini akan memberikan daging ikan lebih berjus and enak.

Share:

BAHAN:

  • 400g isi ikan dori (dipotong kiub sederhana besar)
  • 200 ml Kara coconut cream
  • 2 helai daun limau purut (dihiris nipis)
  • 1 sudu besar jus limau
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu kecil pes cili
  • Garam
  • 1 biji nenas saiz kecil (dibersihkan dan dipotong kiub sama ukuran ikan dori) Daun salad secukupnya

 

CARA MEMBUAT :

  1. Campurkan isi ikan dengan semua bahan kecuali nenas dan daun salad. Perap dingin semalaman.
  2. Kukus ikan dan letakkan sekeping ikan kukus keatas daun salad dan letakkan juga sekeping nenas. Hidang dingin jika suka.

TIP MASAKAN: ikan boleh juga digoreng atau dibakar di dalam ketuhar. Selain nenas, gunakan kepingan adpokat, epal hijau atau tembikai.

Kalau anda tak suka fillet ikan dori, boleh ganti dengan isi ikan merah, ikan tenggiri atau boleh guna isi ayam. Nanas anda boleh guna yang dalam tin atau yang segar.