Talam Keladi Manis

Talam Keladi Manis

Kuih talam keladi ini rasanya sedap, manis, harum dan lemak dengan Kara Santan. Warna-nya berlapis-lapis, cantik sekali.

Share:

Bahan untuk lapisan bawah : 

250gm tepung beras

250gm gula pasir

200gm keladi - direbus dan dipotong kiub

400ml santan krim  kara 

 

Bahan untuk lapisan atas : 

1l santan  kara 

100gm tepung jagung

100gm gula pasir

100gm gula perang

3 biji telur

Garam secukup rasa

Lapisan bawah : 

1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati di atas api sederhana.

2. Selepas itu, letakkan di dalam acuan dan kukus selama 20 minit.

 

Lapisan atas :

1. Campurkan semua adunan dan gaulkan hingga sebati.

2. Selepas itu, tuangkan adunan ke atas lapisan bawah tadi.

3. Bahagikan kepada empat bahagian dan kukus berselang-seli selama 10 minit untuk setiap bahagian.

4. Angkat dan hidangkan.