Soto Makanan Laut
Hmmp sedapnya soto! Orang kata soto ni lebih popular di Johor berbanding negeri lain. Ianya sering di sajikan sebagai hidangan sarapan pagi mahupun meraikan hari keraian.
Selain soto ayam, Soto Mee yang ditambah makanan laut, memang sedap. Kini, nak kongsikan satu lagi resepi soto yang cukup enak pada selera dengan Kara Santan.
100ml santan kara (1/2 kotak)
1 bungkus sup
Air atau stok secukupnya
3 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
4sm halia *
2 batang serai - diketuk
2 keping kek ikan
5 keping filamen ketam
5 biji bebola ikan
5 keping tauhu kering
2-4 keping mi kering (direndam dan ditoskan)
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah sebagai perasa
Nota: Bahan bertanda * perlu dikisar
1. Renehkan sup dan masukkan sedikit minyak masak.
2. Masukkan santan kara , bahan kisar dan semua bahan isi (kecuali mi).
3. Rebus hingga isinya lembut.
4. Hidang dengan mi yang telah direndam.
5. Hias atasnya mengikut kegemaran seperti bawang goreng, daun sup, cili merah dan serunding daging.