Salad Ubi Berlauk

Salad Ubi Berlauk

Sekarang ni memang salad ubi kentang menjadi kegemaran ramai, ia sangat mudah dibuat dan mempunyai khasiat yang tinggi. 

Kombinasi salad dressing salad ni dengan Kara Santan memberikan rasa lebih enak lagi.

 

Share:

200ml santan  kara (1 kotak)

1 biji ubi kentang (direbus dan dipotong kiub)

100g ubi keledek (direbus dan dipotong kiub)

100g keladi (direbus dan dipotong kiub)

2 keping furter/sosej ayam (dipotong kecil)

1 camca besar minyak zaitun

1 camca besar cuka

3 ulas bawang (dicincang)

1 batang celery (dipotong kiub)

50ml mayonis

2 camca kecil serbuk cili

1 camca kecil garam

1/2 camca kecil serbik lada putih

1 biji epal merah (dipotong nipis sebagai hiasan pinggan hidang)

1. Didihkan santan dan sejukkan sedikit dan gaulkan bersama semua bahan dan hidang sejuk dengan nasi atau roti.

2. Hias pinggan hidang dengan hirisan epal merah.