Bahan A :
125gm marjerin
250 - 300gm tepung serbaguna
2 sudu makan gula kastor
Bahan B :
400gm labu - direbus dan dikisar
2 sudu makan gula kastor
140gm gula kastor
4 biji telur
1 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
200ml santan kara (1 kotak)
100ml susu sejat
1 sudu teh esen vanila
Bahan C :
150gm jeli kristal (perisa kiwi atau pandan)
350-400ml air mendidih
4 sudu makan susu segar
1. Gaul semua bahan A bersama sebiji telur dan dua sudu makan gula kastor. Bentukkan ia menjadi doh.
2. Tekan ke dalam acuan pai berukuran 22sm bulat untuk menghasilkan pastri.
3. Pukul 3 biji telur bersama 140gm gula kastor. Kemudian, masukkan santan kara dan susu sejat, Kacau sehingga rata.
4. Masukkan bahan B yang lain dan tuang ke dalam pastri tadi. Bakar pada suhu 180oC selama 30 - 45 minit dan berwarna keemasan. Kemudian ketepikan.
5. Campurkan bahan C dan kacau sehingga jeli larut. Tuang ke atas labu perlahan-lahan.