Nasi Lemak Wangi Kara

Nasi Lemak Wangi Kara

Nasi lemak senang dijumpai di Malaysia, ia adalah makanan kebangsaan di Malaysia. Ia juga menjadi popular di negara jiran seperti Singapura, Brunei and Negara Thai selatan.

Nasi lemak yang cukup rasa, perlukan santan yang cukup wangi (Kara Santa) dan daun pandan.

 

Share:

BAHAN:

  • 400 g beras basmathi (direndam 20 minit)
  • 400 ml Kara coconut cream
  • 400 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 batang serai (diketuk sahaja)
  • 1 biji bawang sederhana besar (dihiris nipis)
  • 1-2 sudu kecil garam
  • Sambal ikan bilis
  • Hirisan timun
  • Telur rebus
  • Ikan bilis goreng

CARA MEMBUAT :

  1. Bersihkan beras dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan masukkan daun pandan, serai, bawang, garam dan biar wangi.
  3. Masukkan beras dan tambah Kara coconut cream serta air. Masak hingga nasi lembut dan wangi.
  4. Kacau dan biar suam.
  5. Hidang bersama sambal ikan bilis, ikan bilis goring, timun dan telur rebus.

TIP MASAKAN: untuk nasi yang lebih enak, gunakan minyak sapi.