Bahan untuk nasi :
300gm beras
200ml santan kara (1 kotak)
3sm halia (dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dikisar kasar)
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun pandan
Air secukupnya
Bahan untuk serunding :
2 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
2sm halia *
1/2 biji kelapa parut (diambil putih)
5 sudu makan udang kering (dibersihkan)
1 sudu makan pes cili
1/2 sudu makan serbuk kunyit
Sedikit garam
Nota: Bahan bertanda * perlu dikisar halus.
Cara membuat nasi :
1. Bersihkan beras dan masak bersama air, santan kara , halia, bawang, serai dan daun pandan.
2. Setelah mendidih, kacau rata dan pastikan beras lembut. Tekan ke dalam dulang dan sejukkan.
Cara membuat serunding :
1. Gaulkan semua bahan. Goreng di atas api yang sederhana sehingga garing dan wangi.
2. Alihkan daripada api dan hidangkan bersama nasi himpit.