Minuman Sejuk Bandung Santan

Minuman Sejuk Bandung Santan

KALAU ketika tengah hari panas terik, ubat mujarab untuk melegakan kering tekak sudah tentu air yang sejuk, lagi nikmat rasanya sekiranya berais terutama minuman sejuk bandung santan.

Boleh tambah cincau merah/hitam, selasih mengiku kesukaan sendiri.

Share:

BAHAN:

  • 125ml Gula sirap rose
  • 300g sugar (gula pasir)
  • 150ml air
  • 1 helai daun pandan
  • ½ sudu kecil perisa pandan
  • 1 sudu kecil pewarna merah

 Cincau merah/hitam, selasih jika suka

  • 400 - 600ml Kara coconut cream
  • Ketulan ais dan air dingin secukupnya

CARA MEMBUAT :

  1. Gula sirap - didihkan semua bahan hingga gula larut. Alihkan dari api dan biar sejuk.
  2. Didalam bekas minuman campurkan gula sirap dan Kara coconut cream. Kacau rata dan masukkan ketulan ais serta tambah air dingin jika perlu. Kacau dan hidang.

TIP MASAKAN: untuk lebih enak lagi, campurkan jagung manis, cincau dan selasih.