Kurma Daging & Sayuran

Kurma Daging & Sayuran

Kalau dahulu masak kurma hanya boleh dinikmati ketika kenduri kahwin atau hari raya, kini ia boleh dimasak sendiri kalau sesekali rasa teringin.

Masak dengan Kara Santan, masakan ni menjadi lebih lemak and berkrim.

Share:

400gm isi daging (dipotong kecil)

3 ulas bawang merah *

3 ulas bawang putih * 

4sm halia * 

3 sudu besar serbuk kurma

1 biji limau nipis (ambil jusnya)

400ml stok ayam

200ml santan  kara  (1 kotak) 

2 biji ubi kentang (buang kulit dan dibelah 4)

1 biji lobak merah (potong panjang dan besar)

3 biji tomato (belah dua)

100gm bunga kubis (dipotong kecil)

Minyak untuk menumis

Garam sebagai perasa

Nota: Bahan bertanda * perlu dihiris nipis.

1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi. Masukkan serbuk kurma dan kacau hingga garing.

2. Masukkan jus limau nipis, stok ayam dan daging. Masak sehingga daging empuk.

3. Kemudian, masukkan santan  kara  dan biarkan hingga mendidih.

4. Masukkan ubi kentang, lobak merah dan bunga kubis. Biar hingga ubi kentang lembut. Masukkan tomato.

3. Setelah kentang empuk, sesuaikan rasa. Angkat dan boleh dihidangkan bersama nasi.