Kurma Daging

Kurma Daging

Marilah bersama-sama cuba buat Kurma Daging menggunakan Santan Kara kami yang berkrim. Wow, sedapnya!

Share:

Masa penyediaan: 20minit + 30minit (perap)

Masa memasak: 1.5 jam

Tahap kesukaran: Sederhana

Hidangan : 4-6

Bahan-bahan:

600 g                  Daging

3 sudu besar      Minyak masak

5 sudu besar      Minyak sapi

1 biji                    Bawang besar

3 ulas                  Bawang putih

1 inci                    Halia

6 biji                     Bunga cengkih

4 bji                       Bunga lawang

1 batang               Kulit kayu manis

5 biji                      Buah pelaga

4 sudu besar        Rempah kurma

250ml                   Air

500ml                   Krim Kelapa Kara

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Bahan kisar:

4 biji                      Bawang merah

3 ulas                    Bawang putih

1 inci                     Halia

100 ml                   Krim Kelapa Kara

Sayur-sayuran:

2 biji                      Ubi kentang

1 biji                      Lobak merah

1 biji                      Bawang besar

2 biji                      Tomato

1 biji                      Cili hijau

1 biji                      Cili merah

Untuk hiasan:

Daun ketumbar

Kacang gajus

Cara penyediaan:

  1. Perapkan daging dengan bahan kisar selama 30 minit atau semalaman.
  2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi menggunakan api sederhana. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan semua rempah ratus dan rempah kurma, gaul sehingga sebati dan masukkan sedikit air.
  3. Masukkan daging dan air selebihnya. Gunakan api sederhana dan kacau sentiasa untuk elakkan hangit. Biarkan sehingga daging hampir empuk.
  4. Masukkan sayur-syuran dan Krim Kelapa Kara.  Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan biarkan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  5. Hias dengan daun ketumbar dan kacang gajus. Hidang semasa panas.