Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 2 jam 40 minit
Tahap kesukaran: Sederhana
Hidangan : 50-60 keping
Bahan-bahan:
300 g Tepung ubi kayu
300 g Tepung ubi kentang
5 helai Daun pandan
3 biji Kuning telur, dipukul
250 g Gula ising
140 ml Krim Kelapa Kara
75 g Parutan keju parmesan
Cara penyediaan:
- Letakkan tepung ubi kayu, tepung ubi kentang dan daun pandan di atas dulang. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150˚C selama 2 jam. Ayakkan campuran tepung setelah sejuk dan ketepikan.
- Di dalam mangkuk, pukul kuning telur bersama gula ising sehingga pucat dengan pemukul kek. Campurkan Krim Kelapa Kara ke dalam.
- Masukkan campuran tepung dan kacau sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga lembut dan tidak melekat jari. Masukkan separuh parutan keju parmesan dan uli sehingga sebati.
- Ratakan doh dan terap dengan acuan bentuk bunga. Sapukan kuning telur di tengah-tengah dan taburkan parutan keju ke atas.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 120˚C selama 35-40 minit.
- Simpan kuih bangkit di dalam bekas kedap udara setelah sejuk.