Kari Tulang Ikan Kering

Kari Tulang Ikan Kering

Kari Tulang Ikan Kering adalah satu hidangan yang amat digemari di di Utara Semenanjung terutama di Pulau Pinang. Hidangan ini selalunya menjadi hidangan pilihan di kenduri-kenduri yang sederhana atau pun ketika disajikan untuk sanak-saudara berkumpul.

Resepi ini paling sesuai kerana kos yang murah, cara penyediaan yang mudah dan kelazatan resepi ini menjadikan ia amat popular. 

Share:

500gm tulang ikan kering (dipotong sederhana)

400ml santan  kara  (2 kotak)

Sedikit air jika perlu

1 biji bawang besar *

3 ulas bawang putih *

3sm halia *

1 batang serai *

3 sudu besar rempah kari ikan

2 biji ubi kentang - dipotong baji

4sm kulit kayu manis

3 biji bunga cengkih

2 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

Sedikit gula

Garam secukup rasa

1 kiub perisa ayam

Minyak untuk menumis

 

Nota: Bahan bertanda * perlu dikisar halus.

1. Panaskan minyak. Tumis bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik baunya. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing.

2. Masukkan tulang ikan dan biar lebih kurang 2-4 minit.

3. Masukkan rempah kari dan kacau rata. Tuang santan  kara , air dan kiub perisa ayam. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. 

4. Masukkan ubi kentang dan garam.

5. Setelah kentang empuk, sesuaikan rasa. Angkat dan boleh dihidangkan.