Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 2 jam
Tahap kesukaran: Senang
Hidangan : 4-5 orang
1 cawan Beras, dibasuh
1750 ml Air
100 ml Krim Kelapa Kara
2 keping Ikan kembung, dipanggang dan keluarkan isi
1 cawan Ikan bilis
1 inci Halia, dihiris
5 biji Bawang merah, dihiris
½ cawan Campuran kacang (kacang ginjal, kacang hijau, jagung, kacang duduk, kacang tanah)
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Ulam
Segenggam (untuk setiap jenis) daun kaduk, daun kesum, pucuk paku and daun kunyit
Untuk hidangan
Ikan bilis goreng dan bawang merah goreng
Cara penyediaan:
- Di dalam periuk, campurkan beras, air, halia, bawang merah dan ikan bilis. Biar mendidih dan perlahankan api, biar reneh sehingga menjadi bubur. Gaul sekali sekala.
- Masukkan campuran kacang dan isi ikan kembung. Gaul sekata dan reneh selama 20 minit. Tambah air jika diperlukan.
- Setelah bubur sudah siap, masukkan Krim Kelapa Kara dan ulam. Gaul sekata dan perasa dengan garam dan serbuk lada sulah.
- Hidang dengan ikan bilis dan bawang merah goreng.