Bubur Cha Cha

Bubur Cha Cha

Hidangan pencuci mulut berzaman yang sangat sedap dan menyelerakan. Sesuai dihidang untuk minum petang ataupun di hari keramaian.

Masakan bubur cha cha ni sangatlah mudah, cuma pastikan anda menggunakan Kara santan sebagai bahan utama, pasti rasanya sedap.

Share:

100gm gula melaka

300ml air

1 helai daun pandan

200ml santan  kara  (1 kotak)

150ml air suam

1/2 biji ubi keledek - dipotong dadu

1/2 biji ubi keladi - dipotong dadu

3 sudu besar sagu biji

1. Satukan gula Melaka, air, daun pandan dan santan  kara  yang telah dicampurkan dengan air suam. Masak hingga mendidih.

2. Masukkan ubi dan sagu dan biar hingga lembut dan alihkan dari api untuk dihidang.