Biskut Santan Bijirin

Biskut Santan Bijirin

BISKUT BIJIRIN (CEREALS COOKIES), ia boleh dijadikan kudapan rangup yang menyelerakan pada bila-bila masa sahaja. Lebih-lebih lagi pada musim perayaan, sarapan pagi, minum petang, bila-bila masa. 

Biskut bijirin ni mempunyai rasa santan dari Kara Santan yang enak. 

Share:

200ml santan  kara  (1 kotak) - untuk melembutkan doh

100gm marjerin 

200gm gula kastor

50gm gula perang

310gm tepung serba guna *

1 sudu kecil serbuk penaik *

30ml susu segar

50gm oat

70gm kismis

 

Nota: Bahan bertanda * perlu diayak.

1. Pukul marjerin dan gula hingga gebu dan masukkan minyak perlahan-lahan.

2. Pukul biar rata dan masukkan tepung. Uli perlahan dan tuang susu.

3. Gaulkan oat dan kismis ke dalam campuran tepung dan uli.

4. Tambahkan minyak jika doh tidak boleh dibentuk.

5. Canai doh setebal 1cm dan terap dengan acuan bentuk bulat berlubang tengah.

6. Atur di dalam dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180oC selama 15-20 minit hingga kekuningan.

7. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.