Beriani Brokoli

Beriani Brokoli

Nasi Beriani adalah masakan Melayu Nusantara, selain daripada letak daging ayam, kambing dan lain-lain. Enak juga letakkan sayur brokoli dan Kara Santan sekali, jom mari cuba!

Share:

350gm beras Basmathi (dibersih dan toskan)

Air secukupnya untuk memasak nasi

200ml santan  kara  (1 kotak)

2 sudu besar marjerin

4 ulas bawang merah *

3 ulas bawang putih *

4sm halia *

4 kuntum bunga cengkih

3 kuntum bunga lawang

4sm kulit kayu manis

200 gm brokoli - dipotong kecil

4 sudu besar kismis

3 sudu besar kacang pis

Garam secukup rasa

1 kiub stok sayuran

 

Nota: Bahan bertanda * perlu dihiris.

1. Panaskan marjerin. Tumiskan bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis hingga wangi.

2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan tumis lagi hingga warnanya keperang-perangan.

3. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian masukkan santan  kara  dan air secukupnya.

4. Masukkan juga kiub perasa sayuran dan gaul rata. Biar nasi masak. 

5. Masukkan brokoli, kismis dan kacang pis. Tutup periuk dan biar hingga nasi masak sepenuhnya dan bolehlah disajikan.