Ayam Percik Putih Kelantan

Ayam Percik Putih Kelantan

Marilah bersama-sama cuba buat Ayam Percik Putih Kelantan menggunakan Santan Kara kami yang berkrim. Wow, sedapnya!

Share:

Masa penyediaan : 20 minit + 30 minit perap

Masa memasak : 45 minit

Tahap kesukaran : Sederhana

Hidangan : 3-6

Bahan-bahan:

3 keping               Peha ayam

Bahan untuk perapan:

6 ulas                    Bawang merah

3 ulas                    Bawang putih

1 batang               Serai

125ml                   Krim Kelapa Kara

               Garam secukup rasa

Bahan untuk kuah:

6 ulas                    Bawang merah

1 inci                     Halia

500ml                   Krim Kelapa Kara 

2 batang               Serai

1 keping               Asam keping

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Untuk hiasan:

Bawang merah goreng

Cara penyediaan:

  1. Untuk menyediakan perapan, kisar semua bahan perapan sehingga halus .
  2. Untuk menyediakan ayam, perap ayam selama 30 minit dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 20 minit. Ketepikan.
  3. Untuk menyediakan kuah, kisar bawang merah, halia dan Krim Kelapa Kara sehingga halus. Tuangkan bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan serai, asam keeping, garam dan gula. Masak di atas api kecil sehingga kuah pekat.
  4. Tuangkan kuah ke atas ayam dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 5 minit.
  5. Hias dengan bawang goreng. Hidang panas.