Ayam Percik Kelantan
Ayam percik adalah ayam bakar dengan bumbu khas yang dijadikan lauk istimewa di Kelantan Malaysia. Kalau dulu ayam percik disediakan di majlis majlis khawin tapi kini tiada lagi. Kalau ada pun, hanya sebagai lauk pengantin sahaja. Ini adalah kerana penyediaan percik yang remeh dan memerlukan tenaga yang ramai. Lagi pulak, jika tidak dibuat dengan betul, ianya mudah basi.
Inilah resipi ayam percik Kelantan yang asli, tidak berkuah seperti yang banyak dijual sekarang ini. Sebaliknya kuah percik akan pekat dan melekat pada ayam sebab ada Kara Santan.
500gm ayam (dipotong besar)
200ml santan kara (1 kotak)
3sm lengkuas
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
2 batang serai (dibelah dua)
2 keping asam gelugur
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
5sm halia *
1 sudu besar cili pes *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak untuk menumis
Nota: Bahan bertanda * perlu dikisar halus.
1. Gaul ayam dengan bahan kisar dan perap selama dua jam.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik baunya.
3. Masukkan lengkuas, daun kunyit, santan, serai dan asam. Biar didih dan rasa garamnya.
4. Salutkan bahan yang ditumis ini pada ayam dan cucukkan ayam pasa besi pembakar atau penyucuk kayu dan bakar ayam hingga masak.
5. Apabila ayam kelihatan kering, sapukan kuah yang dimasak tadi ke atasnya. Lakukan begini sehingga ayam masak dan garing.
6. Alihkan dari api dan hidang.