kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Creamy Tom Yam Fettucine

MASA MEMASAK:

20 - 30 minit

SAIZ HIDANGAN:

2 - 4 orang

BAHAN-BAHAN:

  • 200g fettuccine
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 kiub tom yam
  • 100 ml Krim Kelapa KARA
  • ½ cawan air rebusan pasta
  • 1 cawan seafood (sotong + udang)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji cili padi dihiris
  • 2 keping keju cheddar

CARA MEMASAK
Creamy Tom Yam Fettucine

  • Rebus fettuccine sehingga masak, tapiskan air dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  • Masukkan kiub tom yam, Krim Kelapa KARA dan air rebusan pasta. Biarkan mendidih.
  • Masukkan sotong, udang, daun limau purut dan cili padi. Kacau rata.
  • Apabila sotong dan udang telah masak, masukkan keju dan pasta. Kacau rata sehingga sebati.
  • Sedia dihidangkan.