kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Udang Lemak Pedas Daun Kesom

MASA MEMASAK:

30 minit

SAIZ HIDANGAN:

1 - 2 orang

BAHAN-BAHAN:

  • ½kg udang, bersihkan
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 2 batang serai, dititik (potong)
  • 130ml Krim Kelapa KARA
  • 1 keping asam keping
  • Daun kesom
  • Garam/Serbuk perasa
  • Bahan Kisar
  • 10 - 15 biji cili padi hijau
  • 4 - 6 ulas bawang merah
  • ½ inci halia

CARA MEMASAK
Udang Lemak Pedas Daun Kesom

  • Masukkan bahan kisar, serai, udang dan santan ke dalam periuk.
  • Hidupkan api, masak hingga mendidih. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  • Akhir sekali, masukkan daun kesom, buah tomato, garam dan serbuk perasa, sesuaikan rasa kemudian masukkan asam keping. Biarkan mendidih sekali lagi.
  • Angkat dan hidangkan. Selamat mencuba!