kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Apam Balik Nanas Terbalik Bersama Ice-cream Santan Kelapa Muda

MASA MEMASAK:

20 minit

SAIZ HIDANGAN:

6 orang

BAHAN-BAHAN:

  • Ice-cream Kelapa
  • 2 cawan Air Kelapa KARA
  • 1 cawan Krim Kelapa KARA
  • ¼ sudu teh Garam
  • 3 sudu besar Krimer Manis
  • 3 cawan Isi Kelapa Muda
  • 1 sudu besar Ovalette
  • Apam Balik Nanas Terbalik
  • 200g Tepung Gandum
  • 1 sudu teh Baking Powder
  • 1 sudu besar Gula Halus
  • 1 biji Telur
  • 200ml Krim Kelapa KARA
  • 2 sudu besar Minyak Masak KARA
  • 40ml Jus Pandan
  • ½ sudu teh Garam
  • 5 keping Nanas dalam Tin
  • 1 sudu besar Gula Pasir
  • 5 biji Ceri Merah

CARA MEMASAK
Apam Balik Nanas Terbalik Bersama Ice-cream Santan Kelapa Muda

Ice-cream Kelapa

  • Satukan air kelapa, krimer manis, garam, dan Krim Kelapa KARA ke dalam periuk.
  • Masak hingga mendidih, tutup api, dan biarkan betul-betul sejuk.
  • Masukkan ke dalam pengisar bersama isi kelapa muda.
  • Kisar hingga halus.
  • Tuang ke dalam bekas dan simpan dalam freezer selama 4 jam.
  • Keluarkan dari freezer dan cakarkan ice cream.
  • Masukkan ovalette dan kisar hingga halus.
  • Simpan semalaman dalam freezer hingga beku.

Apam Balik Nanas Terbalik

  • Campurkan tepung gandum, baking powder, gula halus, telur, Krim Kelapa KARA, jus pandan, dan garam.
  • Gaul rata, masukkan minyak masak KARA, dan sebatikan.
  • Oles pan dengan mentega dan tabur sedikit gula pasir.
  • Masak hingga gula menjadi karamel.
  • Letak sekeping nanas bulat dan sebiji ceri merah di tengahnya.
  • Tuang bancuhan apam hingga penuh.
  • Masak dengan api sederhana sehingga bahagian atas mengelembung dan sedikit kering.
  • Terbalikkan menggunakan dua lidi satay.
  • Setelah masak, hidang dengan Ice-cream kelapa dan jem strawberri.