kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Siakap Masak Lemak Cili Padi

MASA MEMASAK:

15 minit

SAIZ HIDANGAN:

2 - 3 orang

BAHAN-BAHAN:

  • Bahan Utama
  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji tomato, dibelah 4
  • 2 batang serai, diketuk
  • 200ml Krim Kelapa KARA
  • 100ml air
  • Bahan Kisar
  • 3 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar

CARA MEMASAK
Siakap Masak Lemak Cili Padi

  • Masukkan bahan kisar dan 2 batang serai ke dalam periuk.
  • Masukkan satu kotak Krim Kelapa KARA, air dan kacau sehingga sebati dengan bahan kisar.
  • Masukkan garam, serbuk cukup rasa dan serbuk kunyit. Masak dengan api perlahan.
  • Masukkan ikan siakap yang telah siap dicuci. Masak sehingga ikan betul-betul masak.
  • Masukkan tomato dan tutup api.
  • Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.