kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Ketupat Sayur

MASA MEMASAK:

30 minit

SAIZ HIDANGAN:

4 - 5 orang

BAHAN-BAHAN:

  • Bahan Kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • ½ inci halia
  • 2 inci kunyit
  • 5 biji buah keras
  • 4 biji cili merah
  • 3 sudu besar udang kering
  • Bahan Utama
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih
  • 6 cawan air
  • 3 helai daun salam
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji labu siam
  • 1 mangkuk tauhu goreng
  • 4 batang kacang panjang
  • 1 cawan jejari ketam (optional)
  • 300ml Krim Kelapa KARA
  • 1 sudu besar garam
  • ½ sudu besar gula
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Bahan Tambahan
  • Nasi impit/ketupat
  • Sambal
  • Telur rebus
  • Keropok bawang
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK
Ketupat Sayur

  • Kisar halus bahan kisar.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar halus hingga naik bau.
  • Masukkan serai, serbuk ketumbar, dan serbuk lada putih.
  • Masukkan air dan daun salam.
  • Masukkan lobak merah dan masak hingga kuah mendidih dan lobak merah menjadi lembut.
  • Masukkan labu siam dan tauhu goreng. Masak sebentar.
  • Masukkan jejari ketam.
  • Tambahkan Krim Kelapa KARA.
  • Kacau sebati dan sesuaikan rasa dengan garam, gula, dan serbuk perasa.
  • Tutup api. Hidangkan bersama ketupat atau nasi impit, telur rebus, keropok bawang, dan sambal.
  • Taburkan bawang goreng dan nikmati sementara panas.