kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Ayam Pencok Nanas Bersantan

MASA MEMASAK:

35 minit

SAIZ HIDANGAN:

6 orang

BAHAN-BAHAN:

  • Bahan Kisar
  • 5 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili hijau
  • 2 ulas potongan nanas
  • Seinci halia
  • Bahan Utama
  • Setengah ekor ayam
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 5 sudu besar serbuk cili kering
  • 1 kotak Krim Kelapa KARA 200ml
  • 2 sudu besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk memasak

CARA MEMASAK
Ayam Pencok Nanas Bersantan

  • Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing kekuningan.
  • Sediakan bahan kisar (Bawang besar, bawang putih, halia, potongan nanas, cili merah, dan cili hijau). Kisar halus kesemua bahan kisaran.
  • Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, serbuk rempah kari, serbuk cili kering, serbuk kunyit, gula melaka, dan Krim Kelapa KARA.
  • Masukkan ayam goreng dan reneh dengan api sederhana hingga pecah minyak.
  • Letak garam secukupnya. Sedia untuk dihidang.