kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Nasi Lemak Bunga Telang

MASA MEMASAK:

1 jam

SAIZ HIDANGAN:

4 - 5 orang

BAHAN-BAHAN:

  • 200ml Krim Kelapa KARA
  • 1 cawan air bunga telang
  • 1 cawan beras Basmathi, rendam, cuci dan tapis air
  • 1 sudu teh garam
  • 2 inci halia, dihiris
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 2 biji bawang putih, dihiris
  • 2 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMASAK
Nasi Lemak Bunga Telang

  • Rendam beras Basmathi. Cuci bersih dan toskan. Ketepikan.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan beras Basmathi, Krim Kelapa KARA, air bunga telang, dan garam. Kacaukan.
  • Angkat dan masukkan ke dalam periuk nasi.
  • Tanakkan nasi. Apabila hampir masak, kacaukan agar sebati. Masukkan daun pandan.
  • Apabila nasi masak, gemburkan nasi dan tutup suis.
  • Hidangkan bersama sambal ikan bilis, telur rebus, hirisan timun, kacang goreng, udang goreng, dan ikan masin goreng.