kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Kuih Jagung

MASA MEMASAK:

30 minit

SAIZ HIDANGAN:

4 - 5 orang

BAHAN-BAHAN:

  • 100ml Krim Kelapa KARA
  • 150ml air
  • 175ml air
  • 45g gula kastor
  • 45g tepung Hoen Kwe (putih)
  • 70g jagung butir
  • Daun Pandan

CARA MEMASAK
Kuih Jagung

  • Lipat daun pandan menjadi kotak segitiga. Kukuhkan dengan lidi gigi.
  • Gaulkan tepung Hoen Kwe dan 150ml air sehingga sebati.
  • Rebus Krim Kelapa KARA, 175ml air dan gula kastor sehingga gula larut. Perlahan-lahan tuangkan campuran tepung Hoen Kwe dan air sambil dikacau sepanjang masa pada api kecil.
  • Apabila campuran mengental, alihkan kuali dari api.
  • Kacaukan jagung butir ke dalam campuran.
  • Senduk dan letakkan campuran ke dalam daun pandan (atau letakkan dalam acuan agar-agar).
  • Hias dengan jagung butir dan daun pandan.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan!