kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Kuih Pelita

MASA MEMASAK:

30 minit

SAIZ HIDANGAN:

8 orang

BAHAN-BAHAN:

  • ½ tin biji jagung
  • 3 sudu besar biji sagu
  • 8 bekas cawan plastik
  • Lapisan Hijau
  • 6 helai daun pandan
  • 50gm tepung beras
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 80gm gula pasir
  • ¼ sudu kecil pewarna hijau
  • Lapisan Putih
  • 100ml Krim Kelapa KARA
  • 200ml air
  • 25gm tepung beras
  • ½ sudu kecil garam

CARA MEMASAK
Kuih Pelita

  • Kisarkan 6 helai daun pandan dengan 250ml air, tapis untuk dapatkan jus pandan.
  • Masak 3 sudu besar biji sagu hingga ia menjadi jernih, gaulkan dengan 1 sudu kecil jus pandan dan 1 sudu kecil gula pasir.
  • Masukkan semua bahan lapisan hijau ke dalam sebuah periuk.
  • Masak gunakan api sederhana sehingga ia mendidih sambil mengacau.
  • Letak 2 sudu besar adunan pandan ini ke dalam bekas cawan plastik.
  • Biarkan sejuk sebentar.
  • Masukkan semua bahan lapisan putih ke dalam sebuah periuk, masak dengan menggunakan api sederhana hingga mendidih sambil mengacau.
  • Tutup api dan sendukkan 1 sudu besar adunan putih ke atas lapisan hijau.
  • Letak satu sudu besar biji jagung dan satu sudu besar sagu yang telah dimasak ke atas lapisan putih.
  • Biarkan sejuk di dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.