kara
Beli Sekarang
Kembali ke Resipi Kembali ke Resipi

KARA IKAN
BAKAR TERANGKAT

Bakal heboh satu kampung kalau masak resipi ini. Resipi turun-temurun yang diadun dengan gaya moden, memang betul-betul HOT!

MASA MEMASAK:

30-40 Minit

SAIZ HIDANGAN:

4-6 Orang

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan Tilapia 1 Ekor
  • Bahan Sos
  • Krim Kelapa KARA 100ml
  • Bawang Merah 10pcs
  • Bawang Putih 5pcs
  • Candlenut / Buah Keras 3pcs
  • Halia 2pcs
  • Lengkuas 1pcs
  • Kunyit 1pcs
  • Cili Merah 10pcs
  • Marjerin 3 Sudu Besar
  • Garam 1 Sudu Teh
  • Gula 2 Sudu Teh
  • Minyak 5 Sudu Besar
  • Bahan Hiasan
  • Limau Kasturi 1 Biji

CARA MEMASAK
KARA IKAN BAKAR TERANGKAT

Langkah A
Langkah B
Langkah C
Langkah D

CARA MEMASAK
KARA IKAN BAKAR TERANGKAT

A
  • Masukkan bawang merah, buah keras, halia, lengkuas, kunyit serta cili merah ke dalam pengisar dan kisarkan.
  • Masukkan minyak dan bahan yang telah dikisar, kacau hingga kering.
B
  • Tambah krim kelapa KARA, garam serta gula dan goreng hingga sebati.
  • Tambah marjerin dan kacau rata selepas padamkan api.
C
  • Tuangkan bahan yang telah dikisar yang telah dimasak ke atas ikan.
  • Bakar di dalam oven pada suhu 200°c selama 20 minit.
D
  • Tambahkan potongan limau kasturi setelah ikan siap dimasak dan hidangkan.