kara
Beli Sekarang
Kembali ke Resipi Kembali ke Resipi

JELI KARA
SEMANIS SENYUMAN

Lebih sempurna dinikmati bersama, hidangan pencuci mulut kami pasti menambah rasa sayang pada saat manis bersama keluarga.

MASA MEMASAK:

60 Minit

SAIZ HIDANGAN:

4 Orang

BAHAN-BAHAN:

  • Air 1.2L
  • Kepingan Agar-Agar 50g
  • Daun Pandan 10 Helai
  • Gula 100g
  • Gula Melaka 200g
  • Krim Kelapa KARA 350ml
  • Garam 1/4 Sudu Teh

CARA MEMASAK
JELI KARA SEMANIS SENYUMAN

Langkah A
Langkah B
Langkah C

CARA MEMASAK
JELI KARA SEMANIS SENYUMAN

A
  • Tambah gula ke dalam air dan didihkan.
  • Rendam kepingan agar-agar di dalam air sehingga lembut, keluarkan dan masak di dalam air yang mendidih sehingga cair.
  • Kisarkan daun pandan dengan 100ml air sebagai sandaran tambahan.
B
  • Bahagikan agar-agar yang telah dimasak kepada 3 bahagian.
  • Tambah gula melaka pada bahagian pertama dan masak hingga cair.
  • Tambah krim kelapa KARA dan garam pada bahagian kedua dan masak hingga cair.
  • Tapis air daun pandan yang telah dikisar dan tambah pada bahagian ketiga.
C
  • Tuangkan selapis krim kelapa KARA pada acuan dan biarkan ia sejuk seketika, kemudian tuangkan gula melaka dan biarkan ia sejuk seketika.
  • Ulang langkah sehingga 6 lapisan dan hidangkan.