Facebook
Email
Whatsapp
Print
Lodeh Lodeh

Sangat popular di negeri Johor. Keenakan rasanya dalam kelas tersendiri dengan kuah sayur berwarna kekuningan dan dicampur sedikit sambal tumis. Selalu digandingkan dengan nasi himpit.

Lodeh
Masa Penyediaan
Masa Penyediaan
30 minit
Masa Memasak
Masa Memasak
45 minit
Jumlah Hidangan
Jumlah Hidangan
10 orang
Bahan-bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu udang kering
  • 1 sudu ikan bilis
  • Sedikit air
  • 3 batang serai ditumbuk
Bahan-bahan lain:
  • 1 batang lobak merah dipotong mancis
  • 1 biji kentang dipotong mancis
  • 15 batang kacang Panjang
  • Segenggam udang
  • Suun dan fucuk tauhu
  • 1 keping tempe dipotong dadu
  • 2 cawan santan pekat Kara
1
Kisar semua bahan kisar kecuali serai dan tumis semuanya sehingga pecah minyak.
2
Kemudian masukkan serai yang telah ditumbuk
3
Masukkan sedikit air dan semua bahan-bahan basah kecuali udang, suun dan fucuk tauhu.
4
Masukkan santan pekat Kara dan lebihan bahan-bahan basah.
5
Perasakan dengan gula dan garam.
6
Siap, hidangkan dengan nasi himpit.