Facebook
Email
Whatsapp
Print
Masa Penyediaan
Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
Masa Memasak
30 minit
Jumlah Hidangan
Jumlah Hidangan
3 - 4 orang
Bahan-bahan:
  • 400 g buah labu, dibuang kulit
  • ½ sudu campuran herba
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 2 sudu kecil minyak zaitun 
  • 400 ml kiub sayur / ayam 
  • 60 ml Krim Kelapa Kara
  • 2 sudu minyak
  • garam dan serbuk lada sebagai perasa
Untuk hiasan:
1
Potong labu dalam bentuk ketulan, rendam dengan campuran herba, minyak zaitun, garam dan serbuk lada.
2
Panggang labu dalam ketuhar dalam suhu 180°C selama 15-20 minit atau sehingga labu menjadi lembut. Asingkan dan biarkan ia sejuk.
3
Kisar labu yang telah dipanggang menjadi pes yang halus, tambahkan sedikit kiub jika ia terlalu pekat.
4
Tumiskan bawang putih di dalam periuk, masukkan pes labu, kiub dan renehkan.
5
Tuangkan Krim Kelapa Kara dan gaul sebati. Renehkan selama beberapa minit dan tambahkan garam dan serbuk lada sebagai perasa.
6
Hiaskan sajian dengan menggunakan Krim Kelapa Kara dan biji labu yang dipanggang.
Gaul dan biarkan mendidih