Facebook
Email
Whatsapp
Print
Masa Penyediaan
Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
Masa Memasak
20 minit
Jumlah Hidangan
Jumlah Hidangan
3 - 4 orang
Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 30 g tepung gandum
  • 90 ml Krim Kelapa Kara
  • 2 sudu minyak 
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • secubit garam 
Untuk hiasan:
1
Asingkan putih telur dan kuning telur.
2
Pukul putih telur sehingga lembut.
3
Masukkan kuning telur, minyak dan Krim Kelapa Kara ke dalam mangkuk. Pukul semuanya dengan perlahan.
4
Adunkan tepung, serbuk penaik, garam dan lipat perlahan ke dalam putih telur. Gaul sebati.
5
Biarkan adunan selama 5 minit.
6
Panaskan kuali yang berminyak dengan kepanasan sederhana.
7
Ambil ¼ cawan adunan dengan menggunakan senduk dan masukkan ke dalam kuali.
8
Terbalikkan apabila gelembung mulai kelihatan di atas penkek, masak sehingga bahagian di bawah berwarna coklat keemasan
9
Ulangi langkah 7 sehingga semua adunan habis digunakan.
10
Hidangkan dengan madu, pisang karamel dan Krim Kelapa Kara yang dipukul.